Satu lagi vaksin diberi kelulusan pendaftaran secara bersyarat - Utusan Malaysia

Satu lagi vaksin diberi kelulusan pendaftaran secara bersyarat

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Produk Vaksin CoronaVac Suspension for Injection Covid-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated mendapat kelulusan pendaftaran secara bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi kegunaan di negara ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, produk terbabit dihasilkan oleh Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS) menerusi pengilangan secara fill and finish (pengilangan produk pukal kepada produk siap), yang pertama kali dilaksanakan di negara ini. 

Katanya, kelulusan terbabit dibuat dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-356 bersidang pada hari ini.

“Produk ini merupakan sumber kedua kepada produk CoronaVac yang telah berdaftar dari pengilang Sinovac Life Sciences Co. Ltd., China.

“Pengilangan fill and finish produk CoronaVac oleh PLS merupakan pencapaian terbaharu Malaysia yang selama ini bergantung kepada produk vaksin dan produk plasma yang diimport,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dr. Noor Hisham berkata, kelulusan pendaftaran secara bersyarat terbabit memerlukan syarikat pemegang pendaftaran produk iaitu Pharmaniaga LifeScience mengemukakan data-data tambahan dan terkini produk vaksin tersebut dari semasa ke semasa. 

Katanya, ia bagi memastikan keberkesanan dan keselamatannya sentiasa dikemas kini dan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) vaksin ini kekal positif.

“Kami akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak Covid-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD.  

“Kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk dewasa Malaysia mencapai imuniti kelompok selaras dengan sasaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan diharapkan perkembangan ini dapat memacu pertumbuhan industri farmaseutikal tempatan dalam penghasilan produk-produk itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya