Sanggup berhabis RM3,500 demi ikan Sungai Sepia - Utusan Malaysia

Sanggup berhabis RM3,500 demi ikan Sungai Sepia

EKUMPULAN pengunjung domestik dan kaki pancing memasak ikan yang ditangkap di dapur atas bot penambang di Sungai Sepia, Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang.– UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Walaupun terpaksa mengeluarkan belanja sehingga RM3,500 untuk permit ma­suk, pe­mandu pelancong, bot penambang dan peralatan memasak serta khemah, namun ia tidak menghalang minat kaki pancing menjelajah perairan hulu Sungai Sepia di sini untuk memburu ikan liar spesies bernilai tinggi dan mahal di pasaran iaitu kelah, patin serta kerai.

Mereka juga sabar untuk sampai ke lokasi bagi memba­ling umpan mata pan­cing di kawasan anak sungai Hulu Tembeling yang hampir lapan jam perjalanan bot penambang dari jeti Taman Negara Kuala Tahan dan Kampung Kuala Sat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang pengunjung, Wan Faizul Wan Akbar, 45, berkata, dia dan rakannya berpeluang berkunjung ke kawasan hulu Sungai Sepia daerah ini selepas berakhir penguatkuasaan Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) kerana mengisi hobinya memancing ikan liar.

“Kami sangat berpuas hati dan sungguh seronok dalam tempoh empat hari tiga malam berada di perairan hulu Sungai Sepia yang penuh dengan sejarah tempatan.

“Sungguh menyelerakan menikmati ikan liar Sungai Sepia yang lazat dimasak asam tempoyak dan juga dibakar di bawah unggun api pada waktu malam sebelum masuk tidur,” katanya di sini semalam.

Pemandu pelancong Kampung Kuala Sat, Suhaidi Erwan Zainuddin, 34, berkata, pengunjung terbabit menaiki bot penambang dari Kuala Sat melalui Kampung Bantal, Kampung Gusai dan seterusnya menyusuri Sungai Sepia antara laluan penting Pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau lari daripada buruan Inggeris pada abad ke-19 dahulu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya