PETALING JAYA: Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau Sajat dipercayai meloloskan diri untuk bersembunyi di Thailand menggunakan lorong tikus. Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan pihaknya mendapati Sajat memasuki negara jiran itu secara haram. “Ya, dia didapati bersembunyi di Thailand dan masuk secara haram,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihak polis telah membantu mengesan keberadaan Muhammad Sajjad namun siasatan dijalankan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Turut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya