Rumah pelangi tarikan baharu di Perlis - Utusan Malaysia

Rumah pelangi tarikan baharu di Perlis

TUANKU Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (dua dari kanan) beramah mesra dengan penduduk kampung semasa berangkat ke majlis pelancaran Program Transformasi Kampung di Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis, Perlis hari ini.- UTUSAN/ NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mencemar duli berangkat ke majlis pelancaran Program Transformasi Kampung di Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis di sini, hari ini.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail; Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda berdua Sharifah Khatreena Nuraniah dan Sharifah Farah Adriana.

Baginda turut berkenan melawat tujuh buah kampung yang terlibat di bawah program transformasi tersebut iaitu Kampung Baru Seberang, Kampung Tandiap, Kampung Hujung Tanjong, Kampung Tengah, Kampung Seberang Alor, Kampung Seberang Jaya dan Kampung Pulau Ketam.

Program transformasi yang bermula sejak hujung tahun lalu itu melibatkan 184 buah rumah di kawasan tersebut yang merupakan inisiatif dibawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis (YTSP).

Pengerusi Jawatan kuasa Pelancongan negeri, Asmaiza Ahmad berkata, program transformasi tersebut adalah produk pelancongan baharu yang dikenali sebagai Rumah Pelangi di negeri ini.

Katanya, transformasi tersebut menjadikan kampung itu lebih ceria, bersih dan secara tidak langsung membangunkan ekonomi penduduk di kawasan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya