Rindu kemeriahan bazar Ramadan - Utusan Malaysia

Rindu kemeriahan bazar Ramadan

ZAINI Ensop yang membuka kedai makan di RPA Arau, Perlis teruja untuk kembali berniaga di bazar Ramadan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Meskipun sudah lama menjalankan perniagaan, suasana dan kemeriahan di bazar Ramadan adalah sesuatu yang cukup istimewa bagi para peniaga.

Malah, rata-rata mereka sudah tidak sabar kembali berniaga di bazar Ramadan selain mengakui cukup rindu suasana tersebut selepas tidak dapat berbuat demikian pada tahun lalu berikutan pandemik Covid-19.

Seorang peniaga martabak, Zaini Ensof,41, berkata, dia teruja apabila bazar Ramadan kembali dibuka tahun ini dan sama sekali tidak melepaskan peluang untuk turut bersama mencari rezeki dalam tempoh sepanjang bulan puasa itu.

Katanya, dia sudah memohon tapak untuk bazar Ramadan di daerah ini dengan keputusan mengenainya bakal diketahui dalam tempoh terdekat.

“Sejak 10 tahun lalu, saya berniaga di bazar Ramadan. Namun tahun lalu apabila bazar Ramadan tidak dibuka, saya berasa suasana cukup berbeza. Sedikit sebanyak kemeriahan sempena bulan puasa itu tidak dapat dirasakan.

“Bazar Ramadan setahun sekali ini juga memberi peluang kepada para peniaga mencari rezeki tambahan selain menikmati kemeriahannya yang cukup berbeza berbanding menjalankan perniagan harian,” katanya di sini.

Sebanyak lapan lokasi bazar Ramadan disediakan di negeri ini iaitu lima tapak bazar dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kangar (MPK) iaitu di Persiaran Wawasan Kangar; tapak pasar baharu Arau; hadapan RPA Pauh; tapak pasar malam lama Kuala Perlis dan hadapan Taman Singgahsana, Padang Besar.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pula menganjurkan tiga lokasi bazar iaitu Pasar Tani Ramadan di tapak Pasar Tani Mega, Taman Sena Indah; hadapan Pejabat FAMA negeri dan tapak Pasar Tani kekal Simpang Empat.

Seorang lagi peniaga, Mohd. Nazmi Aznan,34, yang menjual air buah-buahan pula berkata, bazar Ramadan adalah antara tempat yang menjadi tarikan masyarakat pada bulan puasa.

“Tahun lalu, apabila bazar Ramadan tidak beroperasi dapat dilihat suasananya cukup muram tidak semeriah seperti tahun-tahun sebelum itu. Alhamdulilah, tahun ini, bazar Ramadan sudah kembali,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya