Rezeki pengusaha batik Kelantan tidak putus ketika PKP - Utusan Malaysia

Rezeki pengusaha batik Kelantan tidak putus ketika PKP

KAIN batik lukis yang dihasilkan di kilang milik pasangan Rosli Yaakob dan Munirah Yahya di Kampung Semut Api, di sini. -UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengusaha batik Kelantan, sama ada berskala besar atau kecil bersyukur masih tidak putus rezeki biarpun sebahagian besar negeri ini masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah kedatangan Ramadan kali ini amat bermakna apabila tempahan sempena Aidilfitri masuk bertalu-talu sehingga ada pengusaha yang tidak menang tangan dan terpaksa menutup tempahan lebih awal.

Antaranya ialah Munirah Yahya, 41, bersama suami, Rosli Yaakob, 43, yang berpengalaman membuat batik lebih 20 tahun dan kini mengusahakan Batik Rosli Yaakob (BRY) di Kampung Semut Api, di sini.

“Tidak dinafikan selepas PKP pertama tahun lalu, perniagaan BRY merudum namun bangkit semula perlahan-lahan dan menjelang Syawal tahun ini, perniagaan kami sudah kembali rancak.

“Sebenarnya sebelum Ramadan lagi kami terpaksa tolak tempahan khusus untuk hari raya kerana tidak cukup pekerja di bahagian mewarna,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Menurut Munirah, kebanyakan tempahan dibuat oleh pelanggan dari luar Kelantan yang meminta mereka menghasilkan batik lukis dengan motif ‘air mata’ dan abstrak dalam kuantiti yang besar.

“Suami saya mencanting (melukis) sendiri batik manakala bahagian mewarna pula dilakukan oleh dua pekerja kami selain turut dibantu saya dan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Rosli berkata dia kini mencanting sekurang-kurangnya 10 pasang kain batik pelbagai corak mengikut tempahan pelanggan setiap hari.

“Saya buat batik sejak kecil kerana bapa saya pernah menjadi pengusaha batik blok yang biasanya dijadikan kain sarung. Walaupun bapa, Yakob Abdullah, 70, sudah bersara, anak-anak semua ikut jejak langkah dia,” katanya.

Batik lukis dihasilkan di kilang BRY dijual pada harga RM70 hingga RM100 sepasang dan mereka turut membuka tempahan kepada badan-badan korporat yang mahu memiliki corak batik eksklusif. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya