Remaja terlanjur usah buang bayi - Utusan Malaysia

Remaja terlanjur usah buang bayi

HANYAN Ramlan (kiri) turun padang memberi nasihat dan sokongan moral kepada keluarga kes buang bayi di Geliga, Kemaman semalam.-UTUSAN/ NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Remaja yang terlanjur dan hamil diminta supaya tidak mengambil tindakan terburu-buru membuang bayi, sebaliknya dinasihatkan mendapatkan khidmat bantuan dan nasihat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, bayi luar nikah tidak seharusnya dibuang, tetapi perlu diselamatkan dan diberi perlindungan sewajarnya.

“Mana-mana remaja yang mungkin menghadapi masalah sebegini usah berfikiran cetek dengan membuang bayi akibat terlanjur, dapatkan bantuan daripada mana-mana badan sokongan yang boleh membantu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu, Hanyan mengunjungi keluarga remaja perempuan berusia 18 tahun yang terlibat dengan kes pembuangan bayi di Geliga, Khamis lalu.

Hanyan berkata, pihaknya terpanggil untuk memberikan nasihat dan sokongan moral kepada keluarga berkenaan yang merupakan daripada golongan susah.

“Remaja perempuan itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman lima hari untuk membantu siasatan dan pertuduhan akan dilakukan kemudian.

“Bayi perempuan dalam keadaan baik dan masih berada di Hospital Kemaman,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan membuang bayi yang baharu dilahirkan beberapa jam berhampiran rumahnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya