Remaja putus dua jari kanan main mercun bola - Utusan Malaysia

Remaja putus dua jari kanan main mercun bola

JARI dan tapak tangan kanan seorang remaja yang cedera akibat bermain mercun bola di Rantau Panjang, Kelantan, Isnin lepas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seorang pelajar tingkatan empat putus dua jari kanan akibat bermain mercun bola dalam kejadian di Rantau Panjang, di sini Isnin lalu.

Kejadian pada pukul 8.30 malam itu mengakibatkan mangsa berusia 16 tahun putus jari telunjuk dan tengah serta cedera di tapak tangan.

Seorang penduduk yang enggan dikenali ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dikatakan bermain mercun bersendirian di kawasan rumahnya di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang.

Katanya, mangsa tidak sempat melontar mercun bola yang dipasangnya lalu meletup dalam gengaman tangan kanannya.

“Keluarganya yang menyedari kejadian itu membawa mangsa ke klinik berdekatan untuk rawatan

“Bagaimanapun akibat kecederaan parah, mangsa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya