Remaja OKU jalani pembedahan tulang bawah mata esok - Utusan Malaysia

Remaja OKU jalani pembedahan tulang bawah mata esok

KEADAAN terkini Iznul Hakim yang masih menerima rawatan di HPP, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Remaja orang kurang upaya (OKU), Iznul Hakim Mohd. Nor yang dipukul dengan topi keledar ketika sedang tidur baru-baru ini akan menjalani satu pembedahan pada tulang bawah mata di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini pukul 8 pagi esok.

Iznul Hakim, 21, masih menerima rawatan di wad hospital berkenaan sejak dimasukkan Khamis lalu.

Kakak sulungnya, Izzati Haswani, 26, berkata, keadaan muka adiknya itu masih bengkak manakala penglihatannya juga kabur kemungkinan disebabkan kesan kecederaan yang dialaminya.

“Doktor memaklumkan yang dia akan menjalani pembedahan tulang bawah mata yang retak pagi esok.

“Hari ini sahaja sudah tiga kali dia mengalami sawan tarik. Saya sedih melihat keadaan kesihatannya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Izzati Haswani memberitahu, ahli keluarga pemandu Suzuki Swift yang memukul adiknya sebelum meninggal dunia selepas terbabit kemalangan ada bertemu dengan bapanya semalam.

“Keluarga si mati memaklumkan yang depa (mereka) juga tidak sangka kejadian itu berlaku dan menyifatkan si mati seorang yang baik.

“Mereka pun tak tau (tidak tahu) punca si mati bertindak memukul adik saya,” ujarnya yang menambah, keluarganya juga masih buntu dengan kejadian berlaku.

Khamis lalu, suspek yang juga pemandu kereta Suzuki Swift berusia 30 tahun itu dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tengah-Bayan Baru kira-kira pukul 2.50 petang.

Sebelum kemalangan, suspek bertindak menyerang dan memukul Iznul Hakim yang ketika itu sedang tidur selepas menyerbu masuk sebuah kedai pakaian terpakai (bundle) di Sungai Tiram, dalam kejadian pukul 2.30 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya