Redah kolam petik bunga teratai - Utusan Malaysia

Redah kolam petik bunga teratai

MOHD. Rahmat memetik bunga teratai di sebuah kolam di Jalan Masai Utama disini. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Demi menambah rezeki bagi menampung kehidupan, seorang pemuda sanggup meredah kolam sedalam paras pinggang untuk memetik bunga teratai yang berkembang cantik.

Pemuda tersebut, Mohd. Rahmat, 31, dari Masai, di sini akan memasuki kolam yang ditumbuhi banyak pokok teratai di Jalan Masai Utama.

Mohamad akan memetik bunga teratai dengan mengharungi air kolam selama kira-kira dua jam sambil membawa bekas plastik untuk diletakkan bunga tersebut.

Jurugambar Utusan Malaysia, Raja Jaafar Ali yang kebetulan melalui jalan tersebut sempat merakamkan aktiviti pemuda tersebut ketika dia sedang leka memetik bunga teratai sambil mengharungi air paras pinggang.

Ketika ditemui, dia memberitahu menerima sebanyak RM30 daripada orang yang mengupahnya untuk dijadikan bunga teratai sebagai hiasan dan acara keagamaan.

“Saya hanya datang ke sini setiap dua minggu kerana teratai akan berbunga dengan cepat setiap kali dipetik.

“Saya akan petik hanya pada waktu pagi kerana cuaca redup dan bergantung kepada keadaan air kolam sekiranya hujan kolam itu akan dipenuhi air dan sangat dalam,” katanya yang bekerja sebagai seorang pencuci.

Tambahnya, terdapat banyak ikan sungai di kolam tersebut antaranya ikan keli dan haruan selain kawasan kolam tersebut menjadi tumpuan pemancing pula pada sebelah petang. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya