Ramai gagal merekod butiran diri - Utusan Malaysia

Ramai gagal merekod butiran diri

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bilangan pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara semalam naik kepada 230 individu berbanding 110 individu dicekup kelmarin.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 228 dikompaun dan dua direman dengan kes tertinggi ialah gagal merekod butiran atau daftar masuk di premis iaitu 77 kes.

Ujar beliau, ini diikuti pelbagai kesalahan lazim lain iaitu tidak memakai pelitup muka (52), aktiviti pusat hiburan (31), tidak mematuhi penjarakan fizikal (14) dan lain-lain lagi (56).

“Seramai lapan orang pendatang asing tanpa izin turut ditahan melalui Operasi Benteng dengan sebanyak 180 buah bot atau kapal yang dicurigai dikesan berdekatan dengan perairan negara melalui empat aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan,” katanya dlam kenyataan hari ini.

Menyentuh isu kuarantin wajib, seramai 686 individu tiba di tanah air semalam dengan kesemuanya dikuarantin dan sejumlah 7,447 individu masih lagi menjalani proses itu.

Katanya, seramai 1,496 individu terbabit dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, manakala 171,967 individu lagi sudah dibenarkan balik ke rumah masing-masing selepas dikuarantin.

“Seramai tiga orang pekerja warga asing didapati positif Covid-19 setelah menjalani ujian saringan wajib melalui sejumlah 478 pekerja asing yang disaring,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN