Ramai cari parang sempena mantai - Utusan Malaysia

Ramai cari parang sempena mantai

ANIZAM Mohd. Deris menunjukkan sejenis parang di Rumah Rakyat Kampung Parit Seberang, Kuala Pilah.– MINGGUAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Sebelum ketibaan bulan Ramadan mahupun perayaan Aidilfitri, aktiviti mantai memang tidak asing buat masyarakat di Negeri Sembilan.

Tradisi itu dilakukan secara bergotong royong dalam kala­ngan ahli keluarga serta penduduk kampung termasuklah melapah daging lembu dan kerbau selain membakar lemang bagi dijadikan sebagai juadah.

Oleh kerana melapah da­ging merupakan aktiviti penting dalam tradisi mantai ini, tidak hairanlah permintaan terhadap parang dan pisau agak tinggi ketika ini.

Perkara itu diakui, seorang tukang parang, Anizam Mohd.Deris, 51, apabila tidak menang tangan sejak awal tahun ini bagi menyiapkan tempahan untuk parang dan pisau terutamanya menjelang hari mantai pada Ramadan kali ini.

Jelasnya, lebih 50 bilah pisau dan parang telah ditempah pe­langgan daripadanya untuk digunakan ketika hari mantai dan kebanyakan yang menempah merupakan penyembelih haiwan di sekitar negeri ini.

“Untuk tahun ini, saya telah menerima tempahan lebih 50 bilah pisau dan parang dan kebanyakan mereka merupakan penyembelih haiwan untuk ke­gunaan hari mantai nanti.

“Jika diikutkan memang tidak menang tangan, saya perlu mencari kayu sesuai untuk membuat hulu dan sarung parang dan pisau kemudian meng­ukir corak sarung dan hulu parang mengikut permintaan pelanggan,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di Rumah Rakyat Kampung Parit Seberang, dekat sini, semalam.

Jelas Anizam lagi, dia sering menggunakan empat jenis kayu iaitu Kemuning Emas, Arang Bunga, Penawar Hitam dan Sepetir bagi membuat bahagian hulu dan sarung parang dan kesemua kayu itu ditempahnya dari Tasik Chini, Pahang.

“Harga dijual serendah RM80 hingga RM450 bagi sebilah parang dan pisau termasuk keris.

Tambahnya, parang yang bersaiz 25 sentimeter bagi menyembelih dan 18 sentimeter bagi melapah haiwan ternakan paling banyak ditempah menjelang puasa dan sambutan Aidilfitri.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN