Ramadan peluang bangkit semula bisnes katering - Utusan Malaysia

Ramadan peluang bangkit semula bisnes katering

ZAINUDDIN Alias Harris Zainul Abidin (baju biru) berharap perniagaan bufet Ramadan tahun ini membantu menjana semula pendapatannya yang terjejas teruk ekoran pandemik Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pengusaha katering di negeri ini mengambil peluang daripada kedatangan bulan Ramadan untuk menjana semula pendapatan yang terjejas teruk ekoran pandemik Covid-19 dengan memperkenalkan pakej bufet dengan penambahan sehingga 70 menu istimewa.

Mereka yang ditemui Mingguan Malaysia di sini semalam menyatakan harapan besar dalam mengusahakan perniagaan tersebut kali ini selepas berdepan kerugian teruk sehingga 100 peratus akibat wabak tersebut.

Pengusaha katering Bahtera Impian, Zainuddin Alias Harris Zainul Abidin berkata, Ramadan kali ini merupakan tempoh masa terbaik untuknya mencari semula sumber kewangan bagi menampung perniagaan yang diusahakannya itu sejak tiga tahun lalu.

Cerita anak jati dari Kampung Melayu itu, dia menanggung kerugian sehingga RM300,000 sepanjang tahun lalu dan terpaksa berdepan dengan hutang sewa premis, pembayaran gaji pekerja serta kos pengurusan.

“Kami melalui saat sukar hampir setahun apabila tempahan katering dan pakej perkahwinan terpaksa ditunda beberapa kali sehingga ada pelanggan yang membatalkan terus majlis mereka.

“Bagaimanapun, dengan mengenengahkan semula pakej bufet Ramadan kali ini, diharap dapat menaikkan semula perniagaan kami sekali gus membantu meneruskan kelangsungan hidup,” katanya ketika ditemui di premisnya di Straits Quay, Tanjung Tokong, di sini semalam.

Bapa kepada lima cahaya mata itu berkata, sebanyak 50 hingga 70 menu hidangan bufet Ramadan pada tahun ini disediakan oleh isteri bersama anak dan menantu serta ahli keluarga terdekat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya