Rakyat jelik pelaksanaan undang-undang antara dua darjat - PKR - Utusan Malaysia

Rakyat jelik pelaksanaan undang-undang antara dua darjat – PKR

FARHASH WAFA SALVADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa rakyat semakin muak apabila masih berlaku penguatkuasaan undang-undang antara dua darjat melibatkan kes pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, negara memerlukan sebuah kerajaan yang mempunyai kredibiliti dan telus tanpa campur tangan menteri.

“Rakyat juga semakin jelik dengan pelaksanaan undang-undang antara dua darjat apabila melibatkan kes pematuhan SOP,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu Farhash berharap supaya kes seorang tahanan yang meninggal dunia selepas sebulan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang ditangani sebaik mungkin agar Malaysia tidak ditakrif sebagai negara yang memperlekehkan proses keadilan.

Sementara itu, di Amerika Syarikat baru-baru ini, kes kematian George Floyd telah menyaksikan mahkamah menghukum pesalah yang juga merupakan anggota polis.

Presiden Joe Biden juga menjanjikan satu pembaharuan dalam akta yang merangkumi bidang kuasa polis sejak insiden kematian suspek yang mencetuskan sentimen ketidakpuasan hati rakyat di sana.

Kata Farhash, kepimpinan seumpama itu harus diteladani oleh perdana menteri dan ahli Parlimen sekiranya mereka masih pedulikan rakyat.

Perkara sedemikian dikatakan boleh menjejaskan keyakinan negara lain untuk berurusan dengan Malaysia.

Menurut Farhash, Malaysia haruslah diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang berjiwa rakyat.

“Negara kita harus menjalani satu proses reformasi dan ini hanya boleh berlaku sekiranya kerajaan dipimpin oleh mereka yang memahami keperitan rakyat,” ujarnya.  -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya