Rakaman suara taktik alih tumpuan kegagalan PN - Utusan Malaysia

Rakaman suara taktik alih tumpuan kegagalan PN

AKMAL NASRULLAH MD. NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kontroversi berhubung rakaman suara yang dikaitkan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah taktik mengalihkan tumpuan terhadap kegagalan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Md. Nasir berkata, rakaman tersebut tidak ada unsur jenayah mahupun apa-apa kesalahan untuk dikaitkan khususnya dengan Presiden PKR.

“Sebaliknya, niat dalang adu domba rekayasa perbualan atau screenshot adalah untuk mewujudkan fitnah bagi mencipta kebencian dan merosakkan hubungan yang seterusnya cuba melemahkan semangat PKR.

“Tidak kira musuh dalam atau luar, keadah politik seperti ini adalah bacul dan pengecut, gagal menjatuhkan pesaing secara merit tetapi memilih menjadi batu api dan bermuka-muka yang akhirnya petualang tersebut akan tersembam dengan permainan hipokrit sendiri.

“Cukup-cukuplah percaturan sebegini, apa yang anak muda dambakan adalah politik berteraskan kepada prinsip dan nilai,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Minggu lalu, tular satu rakaman suara kira-kira empat minit melibatkan suara mirip Ahmad Zahid dan Anwar berhubung apa yang berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO 2020, hujung Mac lalu.

Dalam rakaman tersebut, suara mirip Anwar didengar memuji individu yang memiliki suara seakan Ahmad Zahid kerana berjaya mengendalikan perhimpunan tersebut.

Akmal Nasrullah bagaimanapun percaya perkara itu tidak akan mengganggu fokus PKR dan AMK untuk terus mengangkat isu rakyat untuk keluar daripada kemelut kepimpinan negara yang lemah ketika ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya