Rakaman audio perbualan dianalisis - Utusan Malaysia

Rakaman audio perbualan dianalisis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan berhubung rakaman audio perbualan telefon didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersebar baru-baru ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setakat ini pihaknya menerima lapan laporan polis berhubung rakaman audio tersebut di seluruh negara.

“Kita akan menghantar rakaman audio itu ke Makmal Forensik bagi dianalisis perbandingan persamaan suara dalam rakaman audio berkenaan.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya di sini semalam.

Sebelum ini, tular rakaman audio perbualan yang didakwa mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar tular di media sosial.

Melalui audio sepanjang empat minit 17 saat itu, suara mirip Anwar antara lain memuji ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 dan mendakwa tidak mengikuti PAU secara dekat selama 22 tahun.

Malah suara mirip Ahmad Zahid membalas ucapan itu hanya taktikal dan apabila mandat diberikan kepada presiden, maka ia lebih mudah daripada usul.

Dalam pada itu, polis turut menasihatkan Ahmad Zahid dan Anwar membuat laporan polis berhubung rakaman perbualan audio telefon yang sedang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan daripada kedua-dua individu berkenaan selain siasatan akan dilakukan sekiranya perkara tersebut mengganggu-gugat keamanan orang ramai.

“Setakat ini saya tidak dimaklumkan lagi, laporan belum dibuat lagi. Kita tunggulah, kalau betul beliau (Ahmad Zahid dan Anwar) difitnah, demi kebaikan, buatlah laporan.

“Kita lihat daripada tempoh reaksi orang ramai terhadap audio tersebut. Sampai satu tahap ia menimbulkan kebimbangan dan kegusaran semua, kita akan jalankan siasatan,” kata beliau pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Operasi Bersepadu Op Khazanah (OBK) Siri 7 di Hotel Casa Del Rio di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya