Rakaman audio isyarat awal wujud jajaran baharu - Utusan Malaysia

Rakaman audio isyarat awal wujud jajaran baharu

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pas menyifatkan rakaman audio yang dikatakan mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai isyarat awal penjajaran politik baharu.

Tanpa mengira sama ada audio perbualan telefon itu tulen atau sebaliknya, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin wujud penjajaran baharu dan perkara itu sudah diumumkan dalam rakaman berkenaan.

Katanya, Pas kekal dengan pendirian menolak sebarang bentuk penjajaran baharu untuk menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) terutama yang melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya.

“Itu sebahagian jajaran baharu, ia sudah diumumkan dan itu tanda-tandanya.

“Kita menolak jajaran baharu dan bersetuju dengan Muafakat Nasional (MN) yang bukan sahaja melibatkan UMNO tetapi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di samping semua kumpulan Melayu-Islam-Bumiputera serta masyarakat majmuk apabila Perikatan Nasional (PN) digabungkan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila di sini hari ini.

Rakaman telefon berdurasi kira-kira empat minit itu dikatakan berlaku beberapa jam selepas ucapan penggulungan Ahmad Zahid ketika Perhimpunan Agung UMNO 2020

Bagaimanapun, Ahmad Zahid dan Anwar menafikan suara mereka dalam audio berkenaan dan masing-masing akan membuat laporan polis.

Abdul Hadi berkata, terpulang kepada masyarakat untuk menilai ketulenan rakaman audio itu dan Pas tidak mahu campur tangan desakan akar umbi UMNO agar pemimpin tertinggi parti berkenaan berundur.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pas belum menentukan jumlah spesifik kerusi yang diimpikan parti itu dalam PRU-15, sebaliknya bergantung kepada keperluan dan kemunasabahan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya