Pusat judi ‘online’ diserbu - Utusan Malaysia

Pusat judi ‘online’ diserbu

Suami isteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan sembilan individu termasuk dua wanita selepas menyerbu dua unit kediaman yang dipercayai dijadikan pusat operasi judi dalam talian di sebuah kondominium di Jalan Talalla, Kampung Atap, di sini, tengah malam tadi.

Serbuan pertama dijalankan kira-kira pukul 11.30 malam dengan menahan dua lelaki tempatan, masing-masing berusia 23 dan 27 tahun.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya turut merampas sembilan telefon bimbit serta lima komputer, 23 kad sim serta wang tunai RM4,666.

Ujarnya, serbuan itu membawa kepada penahanan tujuh individu di sebuah lagi unit kondominium di situ.

“Kita merampas 18 telefon bimbit, empat komputer dan wang tunai RM950.

“Tujuh yang ditahan terdiri daripada empat lelaki serta seorang wanita tempatan, dan masing-masing seorang lelaki warga China dan seorang wanita warga Vietnam, berusia antara 20 hingga 26 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Zainal berkata, dua direman dua hari mulai hari ini sehingga esok manakala tujuh lagi suspek direman tiga mulai hari ini sehingga Sabtu ini.

Ujarnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya