Program Kerjaya UP tawar 10,305 kekosongan jawatan - Utusan Malaysia

Program Kerjaya UP tawar 10,305 kekosongan jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menganjurkan program Kerjaya UP (Urban Poor) dalam usaha mengurangi kadar pengangguran dalam kalangan golongan rentan bandar.

Program Kerjaya UP merangkumi temuduga kerja untuk individu mudah terjejas di kawasan bandar bagi membolehkan golongan sasar itu mempunyai mata pencarian.

Acara kemuncak program Kerjaya UP akan diadakan di Pusat Komuniti Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 12 April ini di mana sesi temuduga oleh majikan daripada pelbagai industri akan dijalankan dengan 10,305 kekosongan jawatan ditawarkan.

Program Kerjaya UP adalah tindakan susulan daripada sesi profiling program ‘Jom Kerja’ Perkeso yang telah dijalankan di beberapa lokasi perumahan awam dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) pada bulan lalu.

Program ‘Jom Kerja’ Perkeso telah mengenal pasti golongan mudah terjejas termasuk golongan B40 yang terkesan teruk dari segi sosial dan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Program itu telah mengenal pasti keperluan golongan mudah terjejas di bandar terutamanya berkaitan pekerjaan termasuk jenis pekerjaan yang diperlukan dan padanan pekerjaan yang bersesuaian.

Susulan daripada sesi profiling itu, Perkeso telah mendapatkan kerjasama kementerian dan agensi berkaitan untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan khususnya bagi memenuhi keperluan golongan itu.

Menurut Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz, program Kerjaya UP antara lain akan menyediakan perkhidmatan kaunseling kerjaya, klinik penghasilan resume dan temuduga, kaunter sesi pendaftaran perniagaan serta khidmat nasihat keusahawanan dan kewangan, latihan kerjaya serta pendaftaran e-Kasih.

Katanya, Perkeso turut menyediakan insentif bagi menggalakkan majikan mengambil pekerja daripada golongan itu menerusi program Penjana Kerjaya.

“Perkeso berharap pencari kerja daripada golongan B40 bandar akan menggunakan peluang ini untuk mendapatkan pekerjaan demi kelestarian hidup masing-masing.

“Pencari kerja yang berminat boleh mendaftar di https://careerfair.perkeso.gov.my/,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya