Prasarana agih 256 juadah sahur untuk petugas barisan hadapan - Utusan Malaysia

Prasarana agih 256 juadah sahur untuk petugas barisan hadapan

MUHAMMAD Yazurin Sallij menyerahkan sumbangan makanan kepada wakil pengurusan Hospital Serdang pada program Singgah Sahur untuk Semarak Semangat 'Frontliners' di Hospital Serdang di sini kelmarin. UTUSAN - AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) memilih balai-balai polis di daerah Kajang dan Hospital Besar Serdang bagi mengagihkan sebanyak 256 bungkusan juadah sahur dalam program ‘Singgah Sahur Bersama Frontliners.’

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata, inisiatif yang melibatkan anggota polis dan kakitangan hospital itu bagi menghargai pengorbanan dan jasa bakti wira-wira barisan hadapan dalam perjuangkan membanteras penularan wabak Covid-19.

Tambah beliau, Prasarana juga mengambil inisiatif itu bagi mengurangkan bebanan mereka untuk mencari juadah sahur sementelah pelbagai tugasan yang perlu dilakukan pada masa sama.

“Saya berharap sumbangan daripada Prasarana dapat menyuntik semangat untuk mereka meneruskan usaha gigih menentang penularan wabak Covid-19 yang masih di tahap membimbangkan.

“Dua kumpulan ini terpaksa terus berlari dan meneruskan momentum yang sama dalam usaha mengawal penularan wabak tersebut.

“Kami di sini sekadar memberikan sumbangan kecil untuk terus menyemarakkan semangat dan meniup sedikit keceriaan dalam kehidupan mereka yang tentunya lebih mencabar,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Besar Serdang, Nur Aiena Othman memaklumkan, Prasarana adalah agensi pertama yang membantu pada waktu sahur oleh kerana kebiasaannya, kawasan itu tiada premis perniagaan dibuka sewaktu sahur.

“Kami di pihak hospital ini masih belum lagi berhenti berjuang menentang Covid-19. Walaupun kakitangan semua telah divaksin, namun, nampaknya statistik masih belum berkurangan.

“Sementara wabak ini masih meningkat dalam negara kita terutamanya di sekitar Lembah Klang,” ujarnya.

Prasarana terus menjalankan tanggungjawab sosial dengan mengadakan kempen ‘Rapid KL Support Lokal 2.0’ bagi membantu para peniaga makanan di sepanjang jajaran pengangkutan Rapid KL. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya