Polis temui pistol, pisau dalam pemeriksaan rumah - Utusan Malaysia

Polis temui pistol, pisau dalam pemeriksaan rumah

SENJATA yang ditemukan dalam satu pemeriksaan dan tangkapan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Jempol di sebuah rumah di Jalan Taman Satelite, Bahau, Jempol.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol menemukan senjata berbahaya dalam satu pemeriksaan dan tangkapan di sebuah rumah di Jalan Taman Satelite, Bahau, di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, tangkapan dibuat pada pukul 12.30 tengah malam ke atas seorang lelaki yang dikenali dengan nama panggilan ‘Ah Kiong’ berusia 51 tahun yang beralamat di Taman Gembira, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Menurutnya, dalam pemeriksaan tersebut, polis telah menemui sebuah kotak mengandungi enam bilah pisau pelbagai saiz dan bentuk, sebuah kotak mengandungi sebuah buku lima dan sepucuk pistol.

“Kesemua senjata yang ditemui telah dirampas dan hasil ujian air kencing ke atas suspek juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek direman bagi membantu siasatan dan pistol yang dirampas akan dihantar ke bahagian persenjataan untuk ujian kebolehgunaan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Chang Hook berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku telah membuat pisau tersebut untuk kegunaan sendiri menggunakan pengisar di rumah.

Menurutnya, pistol tersebut pula telah dibeli di laman web China dengan harga lebih kurang RM100.

“Pistol tersebut mengunakan peluru bebola besi dan menggunakan gas. Suspek menyatakan pistol tersebut telah rosak.

“Suspek juga membuat alasan senjata yang dirampas itu hanyalah hobi dan untuk simpanan sendiri sahaja,” katanya yang turut memberitahu suspek mempunyai lapan rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan narkotik.

Menurutnya, kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan 1958.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya