Polis sahkan kompaun penganjur degil - Utusan Malaysia

Polis sahkan kompaun penganjur degil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Polis mengesahkan mengeluarkan kompaun RM20,000 selepas penganjuran Musc Drag Racing dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menganjurkan aktiviti tersebut di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) malam semalam.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd. Rahman berkata, penganjur dikesan melakukan kesalahan aktiviti dengan kehadiran ramai di suatu tempat sehingga menyukarkan untuk melaksanakan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.

Katanya, berdasarkan siasatan, permit dibenarkan hingga pukul 12 tengah malam namun peserta enggan bersurai selepas acara itu selesai.

“Polis telah diminta datang untuk menyuraikan peserta terbabit dan sesudah itu barulah mereka memberikan kerjasama dengan bersurai.

“Penganjur terbabit dikompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 25 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Terdahulu, sebuah video tular di media sosial dimuat naik oleh netizen berkaitan sekumpulan orang ramai dan pelumba kereta berkumpul dengan kapasiti ramai di SIC, KLIA.

Video yang berdurasi 31 saat itu memaparkan situasi deretan kereta dan pelumba serta orang ramai berkumpul di litar tersebut.

Kelihatan juga sebuah kereta peronda polis menghampiri kumpulan terbabit sebaik sahaja dimaklumkan mengetahui kehadiran ramai di litar berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya