Polis periksa rumah ke rumah semasa Aidilfitri - Utusan Malaysia

Polis periksa rumah ke rumah semasa Aidilfitri

ABD. RAHIM JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis akan mengekalkan strategi sama seperti yang dibuat semasa Aidilfitri lalu iaitu dengan membuat pemeriksaan mengejut rumah ke rumah bagi memeriksa kebenaran surat rentas negeri.

Ini kerana kemungkinan untuk orang ramai cuba meloloskan diri dengan melakukan rentas negeri agar dapat pulang beraya di kampung halaman boleh berlaku.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar berkata, polis juga sudah bersedia untuk berhadapan dengan situasi menjelang musim perayaan nanti termasuk meningkatkan langkah keselamatan dan rondaan demi kebaikan awam.

“Seperti Aidilfitri tahun lalu, kita akan menggunakan kaedah sama dengan membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah.

“Kita akan periksa rumah yang ada banyak kereta untuk lihat sama ada mereka mempunyai surat rentas negeri atau sebaliknya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidan akhbar selepas majlis pelancaran buku ’69 Komando : Lahad Datu 2013‘ di Markas 69 Komando Pasukan Gerakan Khas, Kem Ulu Kinta di sini hari ini.

Kata Abdul Rahim, ada pihak segelintirnya yang semakin bijak untuk merentas negeri dengan melakukan pelbagai helah untuk mengaburi pihak berkuasa.

“Orang ramai ini pun pandai. Ada yang bertindak misalnya semasa cuaca buruk atau hujan lebat apabila ada kalanya anggota tidak dapat berkawal di laluan atas faktor keselamatan atau berlindung di pondok.

“Jadi pada masa itu mereka ambil kesempatan melepasi pos sekatan jalan raya untuk rentas negeri. Tapi selepas ini kita akan lebih berjaga-jaga,” katanya.

Abd Rahim berkata, tindakan itu bukan semata-mata dilakukan untuk menyekat rakyat pulang ke kampung berhari raya sebaliknya demi memastikan penularan Covid-19 terkawal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya