Polis minta wanita jadi mangsa raba lelaki bermotosikal tampil buat laporan - Utusan Malaysia

Polis minta wanita jadi mangsa raba lelaki bermotosikal tampil buat laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang pembantu kedai makan trauma selepas diraba seorang lelaki ketika menunggang motosikal di belakang sebuah pasar raya di Jalan Pengkalan Pandan, Cukai di sini, Selasa lalu.

Kejadian kira-kira pukul 9.45 malam itu berlaku ketika mangsa yang berusia 24 tahun keluar berseorangan untuk membeli barangan di pasar raya sebelum diekori suspek dengan motosikal sejauh lebih lima kilometer.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, sebaik sahaja menyedari diekori, mangsa yang sudah berkahwin membatalkan hasratnya ke pasar raya dan memutuskan pulang ke rumah.

“Namun, suspek tiba-tiba merapatkan motosikalnya sebelum bertindak meraba payudara mangsa dan kemudian terus memecut laju.

“Kejadian itu disaksikan suami wanita berkenaan yang kebetulan mencari isterinya untuk memesan barangan berikutan gagal menghubungi telefon mangsa lalu segera mengejar suspek,” katanya ketika dihubungi semalam.

Hanyan berkata, suami mangsa nekad mengejar suspek dan berjaya menangkapnya sejam kemudian sebelum diserahkan kepada pihak polis kira-kira pukul 10.45 malam bagi disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. 

Katanya, polis percaya kejadian itu bukan kali pertama berlaku dan meminta kerjasama orang ramai terutama wanita yang pernah menjadi mangsa agar tampil membuat laporan polis. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya