Polis dapat waran tangkap terhadap Datuk Seri Nicky Liow, isteri - Utusan Malaysia

Polis dapat waran tangkap terhadap Datuk Seri Nicky Liow, isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis hari ini memperoleh perintah Mahkamah Sesyen di sini untuk melaksanakan waran tangkap terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dan isterinya, Niu Zhe untuk menghadapi pertuduhan terlibat dengan kumpulan jenayah terancang `Geng Nicky’.

Perintah terhadap pasangan suami isteri itu dikeluarkan oleh Hakim Jamaludin Mat selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar.

Kamal Baharin memaklumkan, waran berkenaan merupakan satu-satunya cara yang membolehkan kedua-dua tertuduh hadir ke mahkamah selepas polis gagal mengesan mereka walaupun selepas notis dan hebahan awam dikeluarkan kepada orang ramai pada 21 Mac lalu.

Bagaimanapun, permohonan itu dibantah oleh peguam Salim Bashir yang mewakili salah seorang tertuduh atas alasan pihak polis perlu mengesan kedua-duanya terlebih dahulu berdasarkan peruntukan undang-undang sebelum memohon waran tangkap.

Pada prosiding itu, pasukan pendakwaan turut memohon agar tertuduh-tertuduh dilarang jamin kerana tuduhan dikenakan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 130W Kanun
Keseksaan (Akta 574) yang mana melibatkan kesalahan keselamatan.

Oleh itu, Kamal Baharin berhujah, Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), terpakai.

Namun demikian, peguam Rajpal Singh berhujah agar tertuduh-tertuduh dibebaskan dengan jaminan kerana Seksyen 13 hanya terpakai kecuali jika tertuduh berumur 18 tahun, golongan wanita atau mereka yang uzur.

Hujah peguam bela, tiga tertuduh yang merupakan warganegara China merupakan suri rumah dan mempunyai anak yang masih kecil berumur di antara empat bulan dan empat tahun.

Hujah Rajpal, salah seorang tertuduh pula menghidap gangguan bipolar dan pernah menjalani rawatan mental beberapa kali dan jika tidak dirawat dikhuatiri penyakitnya menjadi lebih teruk.

Peguam itu turut menyatakan, beberapa tertuduh membuat aduan bahawa mereka tidak diberi ubat yang sewajarnya ketika dalam tahanan manakala terdapat aduan daripada tertuduh lain bahawa mereka dipukul.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menghujahkan, walaupun pembelaan mengemukakan laporan perubatan kepada mahkamah bagi menyokong permohonan jamin, tindakan itu tidak memadai kerana pihak penjara masih boleh menyediakan rawatan.

Pendakwaan berhujah, Mahkamah Sesyen hanya berperanan sebagai transmisi dan tiada bidang kuasa memberikan jaminan, sebaliknya perlu dimohon di Mahkamah Tinggi.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan turut memohon tempoh tiga bulan bagi mendapatkan arahan lanjut dan izin untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Namun begitu, Rajpal berhujah, tempoh tiga bulan adalah tidak munasabah kerana peruntukan undang-undang menyatakan izin bertulis tidak perlu dikemukakan di mahkamah asalkan pegawai Jabatan Peguam
Negara (AGC) hadir membuat permohonan pemindahan kes secara lisan.

Hujah peguam bela, tempoh tiga bulan akan memprejudiskan tertuduh-tertuduh kerana mereka akan ditahan di penjara tanpa alasan yang munasabah.

Pada akhir prosiding, Jamaludin memberikan tempoh dua minggu bagi pihak pendakwaan mengemukakan izin memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya