Polis cekup 6 tokan, rampas RM4.5 juta dadah - Utusan Malaysia

Polis cekup 6 tokan, rampas RM4.5 juta dadah

RAZARUDIN (dua dari kiri) menunjukkan syabu yang dirampas di Tanah Merah dalam sidang akhbar di Kota Bharu hari ini. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua sindiket pengedaran dadah, masing-masing ganja dan syabu ‘tumbang’ selepas polis menahan empat lelaki dan dua wanita serta merampas lebih RM4.5 juta dadah dalam serbuan berasingan di bandar ini dan Tanah Merah.

Dalam serbuan pertama di hotel dan rumah, di sini pukul 8 malam serta 8.10 malam Selasa lalu, polis merampas 393 kilogram ganja bernilai RM982,500 dan menahan empat ‘tokannya’ iaitu dua lelaki dan dua wanita berusia 31 hingga 50 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, kumpulan tersebut dipercayai aktif membawa masuk dadah dari Thailand untuk dihantar ke Johor bagi pasaran Indonesia sejak Februari lalu.

Katanya, JSJN Bukit Aman mengambil masa hampir dua bulan melakukan risikan sebelum melakukan serbuan tersebut.

“Kesemua suspek mempunyai rekod lampau berkait kesalahan dadah. Mereka direman selama tujuh hari bermula 21 hingga 27 April depan.

“Dengan jumlah ganja yang dirampas ini, ia boleh diedarkan kepada 786,00 orang penagih,” katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Polis negeri, Datuk Shafien Mamat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Dalam serbuan kedua di rumah di Tanah Merah kira-kira pukul 7.30 malam semalam pula, Razaruddin berkata, JSJN Kelantan merampas 100 bungkusan mengandungi syabu seberat 100 kilogram bernilai RM3.6 juta serta menahan dua lelaki berusia 27 dan 39 tahun.

Kata beliau, dua suspek yang bertindak sebagai tokan itu menjalankan kegiatan pengedaran dadah mereka di sekitar Kelantan dan Kuala Lumpur.

“Jumlah 100 kilogram syabu ini boleh menampung keperluan sehingga kira-kira 500,000 penagih,” katanya sambil memberitahu kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 1 Mei.

Siasatan terhadap dua kes tersebut dilakukan mengikut Seksyen 39B ADB 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya