Polis cari waris, saksi kes maut langgar lari - Utusan Malaysia

Polis cari waris, saksi kes maut langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan waris kepada seorang lelaki yang ditemukan mati di tepi jalan awal bulan ini dipercayai kes langgar lari, yang mayatnya masih belum dituntut sehingga sekarang.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata polis juga ingin mengesan saksi yang melihat kejadian kemalangan itu bagi membantu siasatan polis.

“Siasatan awal pada pukul 7.50 pagi 1 April lalu telah berlaku satu kejadian di tepi Jalan Sungai Tiram, Lekir dekat sini, di kawasan kelapa sawit, melibatkan seorang lelaki yang terbaring dalam keadaan tidak bergerak dan tertutup dengan plastik putih.

“Hasil bedah siasat di Hospital Seri Manjung pada 2 April lalu mendapati punca kematian ialah kecederaan di kepala akibat kemalangan jalan raya disyaki langgar lari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nor Omar, ketika ditemui mangsa memakai seluar berwarna gelap tanpa baju, luka di kepala dan calar, tiada dokumen pengenalan diri dan dipercayai warga Indonesia.

Menurutnya, setakat ini tiada saksi yang tampil dan cap jari mangsa telah dihantar Ke Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tetapi tidak dapat mengesan identiti mangsa.

“Oleh itu, polis memohon saksi bebas yang nampak kejadian atau waris dapat menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Fahrulrazhi Zakaria di talian 012-4433441 atau 05-6899072 untuk bantu siasatan polis dan urusan pengebumian,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya