Polis buka kertas siasatan terhadap Neelofa, suami - Utusan Malaysia

Polis buka kertas siasatan terhadap Neelofa, suami

NOOR NEELOFA MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Polis akan membuka kertas siasatan berhubung tindakan selebriti popular, Neelofa memuat naik gambar dan video bersama suaminya, Haris Ismail bersiar-siar di pulau peranginan ini.

ABDUL HAMID BADOR

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya akan segera menyiasat gambar dan video yang dimuat naik di media sosial itu.

“Apabila keluar sahaja gambar-gambar tersebut, maknanya kehadiran beliau (Neelofa) bersama suaminya itu melanggar SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan dan kita akan ambil tindakan.

“Jadi, dalam kes sebegini, wajarnya SOP polis adalah buka kertas siasatan yang mana dia (Neelofa) akan dipanggil untuk dirakamkan kenyataan termasuk berhubung gambar dan video yang viral,” katanya selepas merasmikan Unit Anjing Pengesan K9 di Pit Latihan Seksyen K9, di sini hari ini.

Beliau berkata, pegawai penyiasat juga akan bertanyakan tentang aktiviti berkenaan sama ada ia adalah sebahagian urusan perniagaan selebriti terbabit.

“Itu macam santai-santai sahaja, selain tidak boleh datang dari negeri PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) ke PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan),” ujarnya.

Selain itu, tambahnya, pasangan selebriti itu akan dikompaun sekiranya mereka terbukti bersalah melanggar SOP atau menyalahgunakan permit rentas negeri.

“Jumlah kompaun terpulang dengan mengikut garis panduan ditetapkan KKM (Kementerian Kesihatan) baru-baru ini,” katanya.

Beberapa hari lalu, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor menerusi InstaStorynya berkongsi momen-momen bahagia bersiar-siar di pulau peranginan ini bersama suaminya.

Neelofa memuat naik beberapa video memaparkan dia dan Haris bersiar-siar sambil menaiki kereta kabel dan jetski.

Sementara itu, Chatime dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, tujuan pasangan itu ke destinasi pelancongan itu adalah untuk lawatan kerja berhubung pembukaan cawangan baharu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya