Polis buka kertas siasatan surat tular persoal bunyi, kehadiran jemaah di masjid - Utusan Malaysia

Polis buka kertas siasatan surat tular persoal bunyi, kehadiran jemaah di masjid

HOO CHANG HOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian surat sepucuk surat bertulisan tangan yang dihantar ke Masjid Jamek Bahau dengan isi kandungan surat yang antaranya mengaitkan kehadiran jemaah ke masjid menjadi punca kes positif Covid-19 meningkat.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kandungan surat itu tular dalam media sosial sejak pukul 10.30 pagi ini dan ia turut mengaitkan seorang pemilik restoran di Bahau dekat sini.

“Pihak jawatan kuasa masjid telah membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan. Laporan polis dari pemilik restoran berkenaan menafikan dakwaan penglibatannya.

“Polis telah mengambil keterangan kedua-dua pihak berkenaan bagi menjalankan siasatan lanjut dan kertas siasatan akan dibuka dibawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini tular sepucuk surat bertulisan tangan dengan isi kandungannya mempersoalkan bunyi kuat di masjid setiap hari dan ramai orang berkumpul di masjid yang menjadi punca peningkatan kes Covid-19.

Sementara itu, Chang Hook berkata, susulan kejadian berkenaan, pihaknya menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh menganggu ketenteraman awam serta tidak mengambil tindakan menyalahi undang-undang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya