Polis berkas penjenayah rempuh Konstabel hingga maut - Utusan Malaysia

Polis berkas penjenayah rempuh Konstabel hingga maut

SEORANG anggota polis maut selepas motosikalnya terbabas dirempuh motosikal penjenayah ketika mengejar suspek di Jalan Scotland, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Polis memberkas penjenayah yang bertindak merempuh seorang anggota polis berpangkat konstabel sehingga maut di Jalan Utama di sini awal pagi semalam.

Suspek lelaki berusia 35 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di lokasi kejadian kira-kira pukul 1 pagi.

Dalam kejadian itu, anggota yang bertugas di Balai Polis Dato Keramat, Muhammad Iqbal Mazlan, 23, maut di tempat kejadian akibat motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu terhantuk pada pembahagi jalan ketika mengejar suspek dari Jalan Scotland.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, ketika kejadian anggota terbabit bersama dua lagi anggota sedang menjalankan rondaan cegah jenayah sebelum terserempak dengan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, suspek bagaimanapun bertindak melarikan diri ketika pemeriksaan dijalankan dengan menunggang motosikal secara berbahaya.

“Siasatan mendapati, suspek menunggang secara zigzag semasa dikejar anggota. Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, suspek menghimpit motosikal yang ditunggang anggota menyebabkan mangsa terbabas dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Anggota berkenaan maut di tempat kejadian manakala suspek turut diberkas di lokasi sama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan ganja.

Katanya, siasatan lanjut juga mendapati suspek mempunyai rekod lampau iaitu enam dadah dan lima jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya