PN gerak jentera bantu GPS PRN Sarawak - Utusan Malaysia

PN gerak jentera bantu GPS PRN Sarawak

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) bersetuju menggerakkan jentera serta akar umbi parti di setiap peringkat bagi membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Majlis Tertinggi PN juga turut mengambil maklum serta menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Permesyuaratan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas di peringkat pusat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, penubuhan jawatanjuasa itu seperti yang diumumkan bersama kedua-dua parti itu pada 31 Mac lalu.

“Dalam hal ini, PN percaya bahawa jawatan kuasa itu mampu merangka strategi kukuh bagi meraih sokongan dalam kalangan bumiputera.

“Di samping itu ia demi memelihara kepentingan dan hak bukan bumiputera seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi Parti PN semalam dipengerusikan Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mesyuarat Majlis Tertinggi tersebut turut dihadiri ketua-ketua parti komponen PN, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas), Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan (Presiden STAR), Datuk Seri Yong Teck Lee (Presiden SAPP) dan Datuk Dr. Dominic Lau (Presiden Gerakan) serta ahli-ahli Majlis Tertinggi yang lain.

Dalam mesyuarat tersebut, katanya, Majlis Tertinggi menzahirkan setinggi penghargaan kepada Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg atas sambutan luar biasa terhadap delegasi Perdana Menteri semasa lawatan rasmi beliau ke Sarawak pada 1 hingga 2 April lalu.

“Keakraban yang ditunjukkan kedua-dua pemimpin tertinggi parti sepanjang lawatan rasmi tersebut membuktikan bahawa persefahaman politik antara dua parti berada pada tahap yang amat baik.

“Kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu juga komited untuk memantapkan lagi kerjasama politik antara PN dan GPS di masa hadapan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya