PKP di Daerah Lahad Datu, lagi PKPD baharu di Sabah dan Sarawak - Utusan Malaysia

PKP di Daerah Lahad Datu, lagi PKPD baharu di Sabah dan Sarawak

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dikenakan di seluruh Daerah Lahad Datu, Sabah selama dua minggu bermula esok sehingga 24 April ini berikutan peningkatan kes secara mendadak dan kebolehjangkitan tinggi di kawasan itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 103 kes positif direkodkan dalam tempoh 14 hari lalu selain ada 49 sampel ujian saringan yang masih menunggu keputusan.

Menurut beliau, PKP Diperketatkan (PKPD) turut akan dilaksanakan serentak di Kampung Muhibbah Raya, Tawau dan Kampung Bukit Belacon, Mukim Segama, Lahad Datu.

“Sebanyak 30 kes positif direkodkan di Kampung Muhibbah Raya daripada 113 ujian saringan dan 26 kes sama daripada 534 ujian saringan di Kampung Bukit Belacon,” katanya.

Tidak ketinggalan dikenakan PKPD ialah sembilan rumah panjang di Sungai Duan, Bahagian Mukah, Sarawak ekoran 23 kes positif direkodkan dengan kadar kebolehjangkitan tinggi meliputi Rumah Panjang Subing anak Jabo/Stevenson anak Ebek, Dingun anak Tidih, Nyaun anak Ganai, anak Tangkun, Budin anak Majang/Migi anak Kadong, Muda anak Lunjang Ambo anak Ayom dan Jiram anak Tang.

Juga PKPD sebuah lokaliti di bahagian sama untuk tempoh serupa iaitu Politeknik Mukah susulan 13 kes positif daripada 72 ujian saringan dijalankan kementerian itu sehingga kini.

Ismail Sabri berkata, ia susulan pergerakan bebas melibatkan sejumlah 1,396 pelajar dan kakitangan institusi itu dalam kampus yang meningkatkan risiko penularan baharu pula.

Pada masa sama, PKPD juga dikenakan di Kampung Menuang Baru, Limbang, Sarawak apabila 10 kes dilaporkan daripada 165 ujian saringan yang dibuat Kementerian Kesihatan.

Sementara itu ujar beliau, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Pusat Jagaan Rohaniah, Sekolah Integrasi Ikhwan, Kampung Gong Kulim, Mukim Semerak Pasir Putih, Kelantan esok apabila hanya 29 kes positif Covid-19 direkodkan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya