PKP di 2 lokaliti Johor - Utusan Malaysia

PKP di 2 lokaliti Johor

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan di Mukim Endau dan Mukim Triang, Mersing, Johor berkuat kuasa 20 April sehingga 3 Mei ini berikutan penularan kes Kluster Kampung Air Batang di kedua-dua lokaliti ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini, Kementerian Kesihatan melakukan 437 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 69 kes positif Covid-19 direkodkan dengan 25 kes masih lagi aktif manakala 29 lagi sampel ujian masih menunggu keputusan.

“Pelaksanaan PKP di kedua-dua lokaliti ini diperlukan kerana masih terdapat kes baru dikesan walaupun telah melebihi dua tempoh inkubasi (28 hari) serta mengelak penularan kes ke lokati lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, PKP Diperketatkan (PKPD) di Kampung Murni C, Nabawan, Sabah ditamatkan esok sebagaimana dijadualkan.

Dalam tempoh tersebut, katanya, Kementerian Kesihatan melakukan 548 ujian saringan dan tujuh daripadanya disahkan positif Covid-19.

“Kementerian Kesihatan juga mengesahkan berlaku penurunan dan kluster adalah terkawal dengan kes terakhir direkodkan pada 13 April lalu iaitu satu kes manakala semua kes positif menerima rawatan dan kontak rapat juga diasingkan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya