PKOB dibuka di kawasan PKPD Sains Banting - Utusan Malaysia

PKOB dibuka di kawasan PKPD Sains Banting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah membuka Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Menengah Sains Banting.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Langat, Mohd. Jusni Hashim berkata, PKOB ini dibuka selaras dengan arahan PKPD dan akan beroperasi selama 24 jam.

“Sebarang pergerakan keluar dan masuk ke kawasan ini adalah tidak dibenarkan kecuali atas tujuan kecemasan, namun, perlu mendapatkan kebenaran dari PKOB terlebih dahulu.

“Semua penghuni di kawasan terlibat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Sekolah Menengah Sains Banting yang merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bermula pada 24 April hingga 7 Mei hadapan dikenakan PKPD berikutan jangkitan Covid-19 ke atas Kluster Jalan Shah Banting.

PKPD ini melibatkan keseluruhan kawasan Sekolah Menengah Sains Banting yang mempunyai anggaran 966 terdiri daripada 836 pelajar, 70 guru, 21 staf, enam warden asrama, 20 pekerja dewan makan, enam pekerja pembersihan dan tujuh pekerja keselamatan.

Mengulas lanjut, Mohd. Jusni berkata, kes indeks pertama adalah seorang pelajar tingkatan satu yang mula dikesan bergejala pada 12 April dan telah disahkan positif pada tiga hari berikutnya.

Jelasnya, manakala kes kedua dan ketiga dikesan positif pula adalah kontak rapat kepada kes pertama.

“Hasil daripada tiga kes terdahulu yang dikesan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) telah menjalankan siasatan dan penilaian awal serta 206 ujian saringan awal ke atas kontak rapat.

“Kita telah mengesan 71 orang pelajar disahkan positif Covid-19. PKD Kuala Langat juga mengesahkan penularan kes masih berlaku di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN