PH tidak ambil peluang krisis UMNO, Bersatu - Utusan Malaysia

PH tidak ambil peluang krisis UMNO, Bersatu

WAN AZIZAH WAN ISMAIL menunjukkan baju jentera rasmi PKR sempena pelancaran jentera PRU-15 Parlimen Lembah Pantai di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: PKR tidak menganggap krisis politik UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada waktu ini sebagai satu peluang keemasan untuk gabungannya, Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Pengarah Komunikasi Strategiknya, Ahmad Fahmi Fadzil bagaimanapun berkata, partinya bagaimanapun tetap fokus untuk memperkukuhkan PH bagi menumbangkan kerajaan longgar Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, PKR akan menumpukan kerusi-kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah dikhianati dan akan mengetengahkan calon yang boleh memenangi semula kerusi berkenaan.

“Itu adalah hal antara mereka. Tetapi yang membuktikan bahawa kerajaan yang ada sekarang sangat rapuh dan mungkin formula mereka gunakan tidak patut atau perlu dipelajari daripada berlaku pada masa hadapan.

“Kita kena muhasabah dan pelajari. Mungkin dalam keadaan mereka merampas kuasa (daripada PH) pada waktu itu, mengambil alih kerajaan (melalui Langkah Sheraton), benda yang sering disebut iaitu kejujuran, keikhlasan (dan itu sebenarnya) masalah besar untuk mereka,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran jentera PRU-15 Parlimen Lembah Pantai di sini hari ini.

Pelancaran itu dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan dihadiri beberapa ahli di peringkat akar umbi kawasan Lembah Pantai.

P 2020 baru-baru ini meluluskan usul supaya tiada kerjasama dengan Bersatu pada PRU-15 dan penyertaan UMNO dalam kerajaan PN diteruskan hingga pembubaran Parlimen namun, PN masih berharap UMNO kekal dalam gabungan tersebut.

Bagaimanapun, UMNO dilihat semakin berpecah ekoran percanggahan pendapat dalam kalangan pemimpinnya yang masih gagal mencapai kata sepakat walaupun PAU 2020 telah menggariskan dengan jelas hala tujunya.

Mengulas cakap-cakap PKR bekerjasama dengan UMNO meskipun secara jelas UMNO bergerak secara solo di bawah Barisan Nasional (BN) pada PRU-15, Fahmi Fadzil menegaskan tiada sebarang bentuk kerjasama melainkan parti-parti komponen dalam PH.

“Yang penting sekarang ini untuk PKR adalah PH kerana itu adalah tunjangnya. Pimpinan PKR akan mengadakan pertemuan setiap minggu sebagai persiapan menghadapi PRU-15. Saya percaya proses menentukan kerusi dan hubungan strategik lain akan diteruskan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya