PH perlu belajar dari pengalaman memerintah 22 bulan - Utusan Malaysia

PH perlu belajar dari pengalaman memerintah 22 bulan

LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) harus melihat kembali dan belajar daripada kegagalan pemerintahannya selama 22 bulan selain tidak mampu menunaikan manifesto kepada rakyat.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menyeru agar semua pemimpin parti berkenaan menyelami kegagalan yang berlaku.

“Pengajaran yang dapat dihayati adalah bersikap serius dalam mengotakan janji pilihan raya. Sejak daripada awal penubuhan kerajaan PH lagi, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengatakan bahawa manifesto bukanlah satu kitab suci.

“Hasilnya, sekalipun jika kita berjaya mengotakan 80 ke 90 peratus daripada janji-janji pilihan raya PH, kerosakan telah pun berlaku. Perkara ini bertambah buruk apabila mandat lima tahun Pakatan Harapan dirampas secara haram melalui konspirasi Langkah Sheraton,” katanya melalui catatan blog beliau.

Pada pilihan raya umum yang lalu, PH yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) meraih 113 kerusi diikuti Barisan Nasional (BN) dengan 79 kerusi.

Namun, pada Februari 2020, PH tidak lagi mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan Pusat susulan keputusan Bersatu dan 11 Ahli Parlimen PKR untuk keluar gagasan itu.

Tambah bekas ketua pembangkang itu, pengajaran lain yang harus dipelajari termasuk meletakkan had kepada parti komponen PH untuk tidak patut masuk campur hal ehwal parti komponen lain.

“Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet perlu berfikir dan bekerja sebagai Pakatan Harapan.

“Sepanjang 22 bulan PH mentadbir, Perdana Menteri pada waktu itu masih bertindak dalam corak fikiran dan gaya kerajaan Barisan Nasional, sedangkan sepatutnya perlu ada gaya, cara fikiran, dan rangka kerja yang baharu,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya