KOTA BHARU: Jangkitan Covid-19 yang melonjak di negeri ini hingga mencecah 429 kes kelmarin diakui menjejaskan moral dan semangat para petugas barisan hadapan di sini. Peningkatan kes tersebut bermakna kakitangan kesihatan yang selama ini bertugas tanpa rehat yang ‘sebenar’ sejak setahun lalu, perlu bekerja lebih keras ‘melawan’ pandemik itu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang petugas di salah sebuah klinik awam di bandar ini memberitahu, rata-rata warga kesihatan mula kepenatan, baik dari segi mental mahupun fizikal. “Sejak hari pertama Ramadan, saya sayu melihat sahabat seperjuangan ‘lembik’ apabila terpaksa mengambil beratus-ratus calitan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya