Petugas barisan hadapan tabah berbuka di SJR - Utusan Malaysia

Petugas barisan hadapan tabah berbuka di SJR

ALIFF (kanan) bersama anggota keselamatan yang bertugas di SJR Kilometer 33 Jalan Klang-Teluk Intan, Sabak Bernam, Selangor membaca doa sebelum berbuka puasa, semalam-UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Ramadan kebiasaannya sinonim dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti bersahur, berbuka puasa dan bersolat tarawih bersama keluarga.

Namun, peluang ini tidak dapat dirasai Konstabel Aliff Marali, 29, yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Kilometer 33 Jalan Klang-Teluk Intan di Bagan Nira, di sini.

Malah, Aliff yang berasal dari Sipitang, Sabah bukan sahaja tidak berbuka puasa bersama keluarga, bahkan, kali terakhir pulang ke kampung halaman sejak Disember 2019.

“Siapa tidak rindu untuk berbuka puasa bersama ayah, Marali Mantil, 57, ibu, Rubina Ngilo, 51 serta adik bongsunya, Khairie Adley Marali, 17.

“Namun, sebagai petugas barisan hadapan yang diberi tanggungjawab menjaga sempadan, saya perlu menguatkan diri untuk mengatasi kerinduan tersebut supaya dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana teknologi sedia ada pada zaman ini membolehkan kami berhubung menerusi panggilan video,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Sementara itu, bagi Lans Koperal Mohd. Zulfadli Mohamad, 33, ini merupakan tahun kedua dia bertugas di SJR tersebut pada bulan Ramadan.

“Memang saya tidak nafikan bahawa kerinduan menyambut Ramadan dengan orang tua serta keluarga mentua yang berada di Jeli, Kelantan dan Besut, Terengganu.

“Bagaimanapun, saya bersyukur dapat berbuka puasa dengan isteri dan bersyukur dengan peluang yang diberikan,” katanya.

Di SJR tersebut, seramai lima anggota polis dan dua anggota tentera yang bertugas di SJR Bagan Nira dengan penugasan anggota terbahagi kepada tiga waktu kerja. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN