Perlu wujudkan peraturan p-hailing demi kebajikan penghantar - Utusan Malaysia

Perlu wujudkan peraturan p-hailing demi kebajikan penghantar

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan berasakan sudah tiba masanya satu peraturan atau sebuah badan ditubuhkan bagi mengawal selia pihak yang terlibat dalam perkhidmatan penghantar barangan dan makanan menggunakan motosikal (p-hailing) di negara ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, inisiatif itu penting bagi membolehkan kebajikan individu yang menjadikan bidang itu sebagai kerjaya mereka terbela.

Beliau berkata, ia penting kerana setakat ini belum ada lagi peraturan atau pun sebarang badan khusus untuk bidang berkenaan.

“Bagi saya, perlu ada satu dasar seperti e-hailing. Kalau dulu tidak ada sebarang peraturan e-hailing. Oleh itu, kerajaan sedang melihat cara-cara untuk membuat perbincangan antara agensi dan kementerian bagi melihat bagaimana kita nak membela nasib p-hailing ini.

“Kita memang faham mereka ini bertungkus-lumus menghantar makanan dan jangkaan saya terdapat lebih kurang 100,000 orang terlibat dalam bidang ini,” katanya sebagai mengulas luahan pemandu p-hailing yang dikatakan tidak mendapat perhatian sewajarnya khususnya dalam aspek kebajikan daripada syarikat pengendali perkhidmatan itu.

Beliau yang juga Presiden MCA berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MCA Johor di Ibu Pejabat MCA negeri di sini, hari ini.

Tambah Ka Siong, kerjaya sebagai pemandu p-hailing merupakan sebahagian daripada industri ekonomi gig yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN