ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Kedah (Cake) mencadangkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memperkenalkan skim kawalan harga sepanjang Ramadan bagi mengatasi masalah kenaikan harga barang yang melampau. Setiausaha Kehormatnya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, kementerian itu perlu memandang serius perkara tersebut kerana masalah kenaikan harga barang terutama bahan mentah berlaku setiap kali Ramadan. Menurutnya, Cake sudah lama mencadangkan perkara itu sebagai salah satu langkah mengatasi isu kenaikan harga pada setiap Ramadan. “Pada setiap musim perayaan ada skim kawalan harga dan skim yang sama juga perlu diadakan pada Ramadan,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya