Perkasa perkhidmatan perubatan paliatif paediatrik - Utusan Malaysia

Perkasa perkhidmatan perubatan paliatif paediatrik

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mendedahkan Malaysia hanya mempunyai 25 orang pakar paliatif dewasa sejak penjagaan pesakit paliatif dimulakan pada tahun 1990.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, bagaimanapun, ia berbeza dengan paediatrik apabila kementerian hanya mempunyai seorang sahaja pakar paediatrik paliatif, tiga pakar paediatrik dengan ‘special interest’ dan seorang pelatih yang akan memulakan latihan pada Julai depan.

Katanya, dua lagi pakar paediatrik paliatif di universiti iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

“Ini menjadi cabaran besar bagi kementerian untuk memantapkan lagi perkhidmatan perubatan paliatif paediatrik ini memandangkan perancangan perkhidmatan ini akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Kementerian juga akan mengembangkan lagi perkhidmatan ini secara ‘regional’ di Pulau Pinang dan Sabah. Biarpun implimentasi perkhidmatan perubatan paliatif ini dilihat mencabar, namun kementerian sentiasa berpandukan visinya iaitu negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis pelancaran ‘Handbook Of Children Palliative Care Malaysia’ anjuran Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan dan Persatuan Paliatif Paediatrik Malaysia secara maya hari ini.

Mengulas mengenai majlis pelancaran itu, Dr. Adham berkata, beliau difahamkan bahawa Persatuan Paliatif Paediatrik Malaysia telah berbesar hati mencetak sebanyak 600 naskah ‘handbook’ ini bagi pihak Kementerian untuk diedarkan kesemua hospital-hospital.

Katanya, penghasilan ‘handbook’ ini dilihat tepat pada masanya dan dihasilkan berdasarkan kesesuaian untuk digunakan di peringkat hospital dan juga komuniti.

‘Ia boleh digunakan sebagai panduan dan rujukan untuk anggota kesihatan yang terlibat dalam perawatan paliatif di Malaysia.

“Malah Strategi Perawatan Paliatif Kebangsaan 2019-2030’ telah menggariskan dan memberi fokus kepada penyediaan rawatan secara holistik untuk kumpulan pesakit dengan ‘life-limiting illnesses’ ini,” katanya.

Jelasnya, antara contoh penyakit ‘life-limiting illnesses’ ini adalah penyakit kanser, penyakit genetik dalam kalangan bayi pra-matang seperti ‘Cystic Fibrosis’ dan ‘Duchenne Muscular Dystrophy’, ‘cerebralpalsy’, ‘brain or spinal cord injury’ dan juga ‘irreversible organ failures’ seperti penyakit jantung, hepar dan buah pinggang,

“Kementerian juga melihatnya sebagai salah elemen penting khususnya dalam menyediakan rawatan keseluruhan kepada populasi paediatrik.

“Antara fokusnya adalah untuk mengoptimumkan kualiti hidup golongan pesakit paediatrik yang memerlukan penjagaan dan rawatan paliatif serta membantu menyokong ahli keluarga yang menjaga pesakit ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya