Perbincangan kerusi hanya libat BN - Hasni - Utusan Malaysia

Perbincangan kerusi hanya libat BN – Hasni

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) Johor telah memulakan perbincangan berhubung pengagihan kerusi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Datuk Hasni Mohammad berkata, perbincangan itu bagaimanapun hanya melibatkan parti komponen BN iaitu UMNO, MCA dan MIC.

Jelasnya, keputusan tidak melibatkan gabungan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) dibuat kerana terdapat banyak ketidakpastian ketika ini.

“BN Johor telah mula berbincang dan memahami konsep kerjasama BN, kita bersetuju untuk MCA dan MIC turut bertanding, namun di mana dan jumlah kerusi belum dimuktamadkan.

“Perbincangan ini bagaimanapun tidak melibatkan gabungan PN dan MN kerana masih banyak ketidakpastian ketika ini,” katanya selepas menutup Program Bangkit 15 anjuran Biro Latihan dan Perkaderan UMNO Malaysia, di sini hari ini.

Jelas Hasni, walaupun pihaknya sudah mempunyai bayangan pengagihan kerusi berkenaan, ia hanya dimuktamadkan menjelang PRU-15.

Hasni yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, pihaknya akan memperkukuh kerjasama antara parti komponen dalam BN sebagai persediaan menghadapi PRU-15. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya