Perak bantu baik pulih 127 rumah mangsa ribut - Utusan Malaysia

Perak bantu baik pulih 127 rumah mangsa ribut

SAARANI Mohamad (tengah) meninjau kerosakan rumah penduduk akibat ribut di Kampung Tasek, Bercham Ipoh, Perak. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi membaiki 127 buah rumah yang terjejas akibat ribut dalam kejadian di Kampung Tasek, Bercham di sini, Rabu lalu.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta diminta membuat kajian terperinci tentang tahap kerosakan rumah dialami mangsa akibat kejadian tersebut.

Katanya, kontraktor dipilih juga telah diarahkan melakukan penilaian dan menjalankan kerja membaiki rumah yang terjejas mulai esok.

“Kebanyakannya adalah rumah yang disewakan pemilik dan ada juga rumah lama. Kita faham kesusahan dialami dan simpati dengan nasib mereka.

“Oleh itu, kerajaan negeri melalui Yayasan Perak membiayai sepenuhnya kerja-kerja membaiki 127 buah rumah yang terjejas dengan melibatkan kos antara RM150,000 hingga RM200,000,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Tabung Bantuan Bencana berupa wang dan kotak makanan di Kampung Tasek, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya