KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan mengarahkan penutupan sekolah di negeri ini disambung mulai 3 Mei sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri selepas mengambil kira situasi semasa pandemik di negeri ini.
Pengarah Pendidikan negeri, Zulkernai Fauzi berkata, pada 16 hingga 27 Mei, sesi persekolahan dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
“Selepas itu semua sekolah akan bercuti pertengahan tahun bermula 28 Mei hingga 12 Jun dan apabila dibuka semula pada 13 Jun, sesi persekolahan akan dibuat secara bersemuka.
“Semua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) diminta memastikan guru melaksanakan PdPR dalam tempoh penutupan sekolah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Zulkernai, pada masa sama pemantauan di semua sekolah perlu dilakukan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan dipatuhi.
Media sebelum ini melaporkan, penutupan semua sekolah di seluruh negeri ini dilanjutkan sehingga esok Mei bagi membendung penularan Covid-19.- UTUSAN ONLINE