Penjahit baju henti terima tempahan - Utusan Malaysia

Penjahit baju henti terima tempahan

TINJAUAN terhadap peniaga dan tukang jahit baju melayu di Wisma Yakin, Kuala Lumpur mendapati bulan Ramadan tahun ini mendapat sambutan daripada kalangan pembeli selepas kerajaan membenarkan orang ramai merentas daerah. – UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rata-rata peniaga dan tukang jahit baju di Wisma Yakin di sini tidak lagi menerima tempahan baju untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Menurut mereka yang terpaksa menghentikan pengambilan tempahan lebih awal, langkah itu diambil kerana khuatir tidak sempat menyiapkan pakaian yang ditempat pelanggan.

Pemilik Deen Wahab Industries, Farah Ismahani Zaharudin, 23, berkata, sambutan daripada orang ramai yang menempah baju raya sangat memberangsangkan berbanding tahun lepas.

“Apabila kerajaan mengumumkan kita tidak dibenarkan untuk merentas daerah mahupun negeri semasa Aidilfitri tahun lalu, maka tahun ini kita tidak menjangka mendapat tempahan sebanyak ini.

“Sehingga pelanggan kita dari jauh sanggup mengukur sendiri membuat tempahan atau memberi baju sedia ada sebagai contoh dan pos kepada kami untuk menyediakannya,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut beliau, pihaknya giat menjalankan promosi sebanyak 70 peratus secara dalam talian dengan menjual baju Melayu siap dalam inisiatif membantu keluarga kurang berkemampuan untuk bersama-sama dapat membeli baju raya dengan harga mampu milik.

Dalam pada itu, pemilik butik Sahjaya Sama Interprise, Sahmar Zubir, 64, berkata, dia menjual baju sedia siap sahaja ekoran menghadapi masalah kekurangan tukang jahit.

“Kami masih menerima tempahan tetapi tidak menang tangan untuk menyiapkan baju pelanggan kerana kekurangan kakitangan. Rata-rata mereka dari negara jiran,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya