Peniaga terkejut kedai dilanggar treler bijih besi - Utusan Malaysia

Peniaga terkejut kedai dilanggar treler bijih besi

MOHD. Noor Jusoh menunjukkan lori treler muatan bijih besi yang terbabas dan melanggar kedai makan di Kampung Seboy Kuala Krau, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Seorang peniaga kedai makan di Kampung Seboy Kuala Krau, dekat sini terkejut apabila kedainya dilanggar sebuah treler kira-kira pukul 2 pagi ini.

Lori treler membawa muatan bijih besi dari Jerantut menghala ke Temerloh itu dipercayai melanggar belakang treler syarikat sama lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar kedai makan di kampung berkenaan.

Pemilik kedai tersebut, Ali Yusof, 48, berkata, dia menerima panggilan dari rakannya pukul 2.15 pagi memaklumkan kedai makannya dilanggar treler.

“Kami tinggal di rumah berasingan berdekatan dan hanya ke kedai pukul 5 pagi untuk berniaga kedai sehingga pukul 2 petang.

“Lokasi perniagaan kedai makan saya berhampiran jalan raya utama Jerantut-Temerloh yang mana menjadi tumpuan orang ramai termasuk pemandu treler,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Ali, antara yang rosak kerusi meja, struktur bangunan, saluran paip air dan gerai buah-buahan di sebelah kedai dan garaj kereta.

Sementara itu saksi kejadian, Mohd. Noor Jusoh, 62, yang tinggal di seberang jalan terdengar dentuman kuat lalu dan mendapati sebuah treler terbabas dan terlanggar kedai makan berkenaan.

Menurutnya, bahagian hadapan treler rosak teruk manakala pemandunya cedera ringan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya