Peniaga masih gagal pamer tanda harga - Utusan Malaysia

Peniaga masih gagal pamer tanda harga

RAE Morn Verak (kanan) melakukan pemantauan di bazar Ramadan di Pekarangan Stadium Darul Aman di sini hari ini. - UTUSAN/NUR ANATI JUHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah mendapati banyak peniaga di bazar Ramadan di negeri ini gagal mempamerkan tanda harga di gerai mereka.

Pengarahnya, Rae Morn Verak berkata, pihaknya sebelum ini selalu mengeluarkan arahan supaya mempamerkan tanda harga makanan, minuman dan barangan yang dijual bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan.

Bagaimanapun, menurutnya, sejak pemeriksaan dilakukan pada 13 April lalu, tiada kompaun yang dikeluarkan terhadap peniaga bazar Ramadan di negeri ini.

Katanya, pihak KPNDHEP akan beri masa kepada mereka untuk pamer tanda harga dan sekiranya masih gagal berbuat demikian, tindakan susulan akan diambil.

“KPDNHEP negeri akan terus menjalankan pemantauan di semua bazar Ramadan, bazar Hari Raya dan lokasi tumpuan yang lain bagi semakan harga serta memantau pematuhan prosuder operasi standard (SOP),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pemantauan di bazar Ramadan di Pekarangan Stadium Darul Aman di sini hari ini.

Rae Morn berkata, pihaknya juga menjalankan Penguatkuassan Prihatin yang dilancarkan pada 5 Mac lalu bagi membantu peniaga dari kumpulan sasar yang terkesan akibat pandemik wabak Covid-19.

“Kita ingin mendapatkan maklum balas daripada peniaga untuk mengetahui apa yang boleh kita bantu selain turut memberikan nasihat dan rundingan kepada mereka yang terjejas,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya