Pengunjung bazar Ramadan tidak puas hati ditegur penguat kuasa - Utusan Malaysia

Pengunjung bazar Ramadan tidak puas hati ditegur penguat kuasa

RUMAIZI BAHARIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tidak berpuas hati apabila ditegur. Itu reaksi kebanyakan pengunjung bazar Ramadan di daerah ini apabila ditegur penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kerana sikap sambil lewa mereka terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, reaksi spontan pengunjung itu diterima anggota penguat kuasa yang melakukan pemantauan di 28 buah bazar Ramadan.

Katanya, meskipun sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai hak untuk mengeluarkan kompaun, pihaknya memilih pendekatan menegur dan memberi nasihat.

“Ada pengunjung, apabila kita bertegas mengenai SOP, respon yang kita lihat mereka kurang berpuas hati.

“Apa pun, kita tetap nasihatkan mereka agar terus mematuhi SOP kerana jika gagal, khuatir kerajaan bertindak membatalkan bazar Ramadan,” katanya selepas majlis penyerahan bantuan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad di Kampung Tasek, di sini hari ini.

Menurut beliau, bagi meningkatkan lagi kadar pematuhan, MBI menambah enam anggota penguat kuasa di tiga bazar Ramadan besar di Ipoh iaitu bazar Ramadan Stadium, Medan Gopeng dan Taman Cempaka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN