Penghantar makanan dipukul dengan penukul besi oleh suami pelanggan - Utusan Malaysia

Penghantar makanan dipukul dengan penukul besi oleh suami pelanggan

PENGHANTAR makanan (kiri) cedera di kepala selepas dipukul dengan penukul besi oleh seorang suami kepada pelanggan yang memesan makanan dalam kejadian di Bayan Lepas, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN LEPAS: Seorang penghantar makanan cedera di kepala dan terpaksa menerima sembilan jahitan selepas dipukul dengan penukul besi oleh seorang suami kepada pelanggan yang memesan makanan.

Kejadian itu berlaku di pekarangan sebuah pangsapuri di sini kira-kira pukul 4.10 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, punca kejadian disebabkan berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan suspek berkaitan penghantaran makanan.

Tambahnya, suspek bagaimanapun ditahan di rumahnya kira-kira pukul 11.15 malam tadi dan polis turut merampas senjata yang digunakannya semasa kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan permohonan tahanan reman dibuat ke atas suspek bagi siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya