Pengarah syarikat perumahan dibebaskan dengan jaminan SPRM - Utusan Malaysia

Pengarah syarikat perumahan dibebaskan dengan jaminan SPRM

SEORANG pengarah syarikat perumahan mampu milik yang ditahan reman bersabit kes salah guna kuasa dibebaskan dengan jaminan SPRM di Ipoh. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pengarah syarikat perumahan mampu milik yang ditahan reman bersabit kes salah guna kuasa Selasa lalu, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini berikutan suruhanjaya berkenaan telah melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Noor Azna Tajul Anuar mengeluarkan perintah tersebut selepas tempoh reman selama enam hari ke atas lelaki berusia 50 tahun itu tamat hari ini.

Beliau membenarkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Difahamkan, lelaki itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan salah guna kuasa dengan melantik sebuah syarikat di mana dia mempunyai kepentingan di dalamnya bagi menjalankan kerja-kerja di syarikat perumahan berkenaan yang berjumlah lebih RM95,000.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan siasatan kes berkenaan telah selesai.

Pada 20 April lalu, lelaki itu ditahan pada pukul 1.25 petang selepas diminta hadir memberi keterangan di Ibu pejabat SPRM negeri di Meru Raya, berhubung kes tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya